Monday, December 5, 2011

11.11.11 bersama 11 gadis pama crew



beware : this is what people call long entry. thank you.

cerita ni seakan dah basi. basi yang boleh campak buang ke tepi.

tapi ini memori. bila-bila boleh diceritakan. bila-bila boleh diadaptasi.
jadi, bukan sesuatu yang janggal untuk aku tulis benda lama untuk disingkap kembali.

11.11.11 tarikh yang semua orang katakan.

"cantiknya tarikh ni yaww" "aku nak kahwin tarikh ni yaww" "jom couple tarikh ni yaww"
tapi ada kau kata "jom mati tarikh ni. yaww" ?

ok. sebenarnya aku nak cerita alkisah pama crew. bukan nak marah anda-anda yang suka dengan tarikh.

sebab aku juga sukakan tarikh yang cantik. normal lah manusia suka benda yang cantik kan? :)
11.11.11 bersama 11 orang gadis. like seriusly, tak rancang untuk jumpa tarikh ni. ye serius.

dan lagi satu, tak rancang juga untuk ajak cuma 11 orang. ye serius.
yang cuma dirancang, "nanna cuti jumaat. kita keluar hari jumaat". noktah. serius.

kan dah cakap banyak kali, janji pama tak semestinya tepat.

kalau dah kata pukul 10pagi, makanya pukul 11pagi lah jawabnya.
jadi, apa masalah lu nak buka langkah nak marah-marah bila gua lambat?
ok. taknak gaduh. meh sini aku cium kau. meh lah sini.

*explain : sebab electricity takde di kawasan skudai. jadi aku tak nampak mana tuala, baju, tudung dan segala-galanya. so, macam mana nak siap kan? :)

takkan nak pergi jumpa korang busuk, kusut dan masai. tak pama lah weyh.
bak kata adik aku "pama kan hot hot. hot gojeh!"
itu pun aku datang tanpa secalit make up sebab nak cepat demi korang.
tapi korang tak perasan kan aku tak bermake up? sebab aku natural beauty. noktah.

kau dah senyum kan dengar explanation aku? jom sambung cerita.




dari tapak kereta menuju ke atas bukit. sikit sikit hujan pun turun.
tapi langkah laju bersama muka yang cover cun. sebab camera is everywhere.
kalau candid sekalipun, atleast muka masih cantik dalam gambar.
i told you, pama sangat sensitif pada camera.
dan setiap perhentian akan berhenti sebab nak ambil gambar.
dari satu kelompok kecil terus jadi ramai sebab semua lari nak masuk dalam gambar.
"eh, jom ambil gambar dua orang je"
tapi nanti dalam gambar tu terus jadi 10 orang sebab pama tak kisah kalau kau cakap
"nak ambil gambar 2 orang je lah!"
who care!
atau bagi pilihan, kau ambil gambar senyap2. then masa tu, kau boleh ambil gambar seorang, berdua atau berapa2 pun :)



dan walaupun cuaca tak berapa nak cantik, tapi kita masih ada tempat berteduh.

walaupun kena singkap kain, main lompat-lompat untuk panjat pagar.
ala, dulu kita boleh panjat bumbung sekolah, takde hal pun. inikan pula pagar seco'et.
tapi kau tau tak itu best. sebab hujan tu buat kita tak jadi main explorace buatan lily.
kalau tak, memang kita mati.
cukuplah explorace kat SIGS dulu. cukuplah.
see. now, bersyukur haritu hujan. alhamdulillah :)



terima kasih lah nanna untuk nasi goreng awak.

terima kasih lah natrah untuk sandwich telur yang guna telur banyak sebab tak suka telur hancur.
terima kasih lah kepada pembekal air-airan, jajan-jajanan.
terima kasih sebab buat aku kenyang.
terima kasih.
macam Yusri berucap sebelum wayang start kan. "terima kasih kerana membeli tiket wayang"

walaupun kita cuba untuk lari dari permainan lily, tapi dia masih ada idea dan dah ready pun.

"jom main truth or dare!"
"pusing pakai botol"
"pakai ipad lah"



1. kau tengok kan cara lily nak keluarkan ipad dia. wei-aku-ada-ipad-kau-ada?

2. memang game truth or dare ipad dia macam si**

kita perkenalkan dare yang pertama si ipad bagi.

mula-mula semua muka cuak. then terus pilih TRUTH instead of DARE. termasuklah gua.
mampuslah nak truth apa pun, janji tak kena dare.

tapi adalah si makhluk Allah bernama siti natrah raidanie yang macho lagi tersohor dengan selamba "ish korang ni tak bestlah true. pilihlah dare. baru gempak"

see. dengan rambut baru, dia makin berlagak. jom tengok jauh mana pergi dia ni.

first dare, dialah yang kena. walupun macam gampang je dare nya.

kena baring sampai next turn. apa lah rilek sangat.
dia ada 'helmet'. bolehlah baring dengan jayanya. cis.



actually, dengan true nya, aku kurang fasih susunan dare yang dikenakan.

so, randomly okay yaww. checkitdoutdoutdout.
dan mostly semua dah kena true. sebab tu kena pilih dare.
eh tak, DIPILIHKAN dare oleh lily. sebab dia pegang ipad. kau takboleh buat keputusan. lily do.

next, farah faiqah. dare kena tutup kepala dengan plastik sampai next dare.

bagi plastik merah cikai-cikai, taknak. nak beg kertas Levi's jugak.
yelah rambut baru potong, takkan nak cover plastik busuk kan.



peh, stok-stok rambut baru lah pama ni. hebakkk!


ok. next next. lily punya turn. dan masa tu aku rasa semua berdoa, biar dare dia gila babs.

tapi macam tak babs sangat sebab dare nya duduk atas orang belah kirinya.
dan wawa jadi mangsa. dan aku yang berada di sebelah kanan lily, rasa bersyukur. yang amat.
dan lagi sekali, semua bersyukur, dare tu bukan terkena pada wawa ;)



next, my turn. my turn! dan ini bodoh dare nya ye.

dan rasa bodoh tu cuma aku je yang rasa sebab yang lain teruja.
teruja dapat dajal aku.
guna tisu, jadikan aku sang mumia. oh. dayummmm!



see, nampak kan kegembiraan yang terdampar di muka masing-masing?

dan kau tau apa itu karma?
kau rilek je.
dan sebenarnya aku ada dare lagi satu. which is open dare.
dan mereka cuma bagi aku makan karipap yang penuhh dengan sos.
walaupun aku tak kisah dengan pedas, tapi sos tu tak sedap. dan itu serius. sos J, u suck!



then time dare for Nanna. kau seronok kan kena kan aku kan?

dare nya makan sandwich. made by us! setiap orang satu ingredients. jyeahhh!
macam mengecapi satu kejayaan besar bila dapat letak bahan atas roti butterscotch tu :)
aku pun kurang fasih apa bahan-bahan nya. tapi yang aku ingat :
  • nasi goreng + meehoon + karipap + kerepek kentang + sos + coke + epal
dan aku rasa macam ada lagi bahan yang terkandung pada sandwich tu.
tapi tak kisah lah. yang penting. yuckkss! dan kau berjaya makan walaupun satu kunyahan.

ahhhh.. kelawar!!


what do you expect kalau kau dengar orag jerit macam tu.

kau akan pandang atas dulu, ofcourse. sebab kelawar always be up up there kan?
then baru tengok kiri kanan kau. then baru ke arah orang yang jerit.
dan paling musykil bila kau tak nampak apa-apa termasuklah kelawar selain orang tengah menjerit sebut pasal kelawar.
dan yang paling hebat, semua orang lari biarpun xnampak apa puncanya.

rupanya ada anak kelawar yang landing baikk punyaa kat baju natrah.

see. kan dah cakap, tak jauh mana dia pergi dengan rambut baru dia tu. haha.
dan konon masa ni nak tengok siapa kawan sejati atau tak.
rupanya faiq sorang je. eh, tak. sebab natrah dah tangkap faiq dan peluk dia kuat-kuat.
sebab tu faiq tak boleh lari. kalau tak, kau ingat, faiq nak duduk bertawakal dengan natrah kat situ?

natrah, sebenarnya kami bukan kawan tak sejati, cuma seronok tengok kau jerit-jerit menangis.

kau kan jarang menangis. apalah salahnya bagi masa itu utk kau nikmati.
kalau nak diikutkan, tak takut pun dengan baby kelawar tu.
fath rilek je datang kat kau. tapi bukan nak selamatkan kau. tapi semata nak merakam detik kau menangis.
nampak tak betapa orang hargai kau? dan nampak tak kejamnya fath masa tu? haha ;)

dan masa tu, nanna bergembira sebab dia cuma perlu makan sikit je sandwich home-made tu.

gara-gara tangisan dan jeritan natrah.
btw, thanks for the boys yang buangkan baby kelawar dari baju natrah.
susahkan nak cari kelawar tu. sebab sama warna macam baju natrah. macam main teka-teki benda tersembunyi. hahaha

then, turn Jia. mula-mula dia takde. maksud takde ialah, dia datang dan dia balik.

kemudian datang balik secara drastik dan permainan true or dare dimulakan kembali sebab nak masukkan nama dia. get it?
dan dare nya, orang belah kanan sambil tutup mata kena tulis nama dia di kaki? eh? betul tak.
tapi ala-ala gini lah dare nya. dan dan dan aku lah orang sebelah kanan Jia :)



dan ini hasilnya. dan aku rasa aku kreatif dan inovatif walau tutup mata. bakat semula jadi kan. dan tau tak ini gincu siapa? Fath.

uih, dia kalau jadi participant kenakan orang, dialah nombor 1. sanggup gadaikan gincu sendiri demi kenakan orang. untung si kecik ni. tunggu turn je nak kena dare.
dari tadi, nama dia takde pun untuk dare.

next, Sharmaine. buka ikatan tali kasut tanpa melihat. isnt it?

actually aku lupa tali kasut siapa jadi mangsa. so, aku terpaksa checkitdout satu2 gambar untuk pastikan -.-
& for sure, itu tali kasut milik wawa :)
then, mien dengan rela hati pegang dan buka ikatan tali kasut yang tersimpul dengan puluhan air liur yang kitorang letak pada tali kasut tu dan it was so-euuuwwwww! haha
ok macam keji hina dan jijik plak kan. actually air liur tu just sanitizer lah weyh.
sanitizer untuk membunuh kuman. tapi dalam konteks pama, sanitizer adalah untuk buat kau geli. serius.



next, turn adib. say hai to Adiba Zehan. first time hang out with pama crews :)

so how? awesome right? hikhik. okbye. tapi jangan ingat kau selamat.
just a simple dare, put the ketchup on her nose. kitorang ganti dengan sos. sebab eh suka hati lah!
so, pedas tak hidung kau? haha



ada few dare yang agak cikai tapi macam babs bila Wawa disuruh menari Macarena.
bayangkan sendiri lah. use your own imigination ok bebeh. :)
then, dare untuk fath untuk bercakap ala sepanyol kan kan?

dare second last. khas untuk Lily. hai Lily :)
minum satu sudu campuran air yang kami buat! just a spoon kot. rilek lah.
apa ada hal coke + soya + tambahkan sedikit sos cili dan goncang goncang oh sayang. haha
kan dah cakap satu sudu je. so, takpayah risau :)

then at last, Fath punya dare yang 'fuh!-bestnya-mati-kau!' haha
lick something tapi aku tak ingat kena lick apa. tapi, untuk senangkan cerita, lick lah roti sandwich tu. tapi untuk buat lagi best, meh sini tuangkan sikit air soya coke sos tadi tu :)
*actually aku lebih selesa tulis perkataan lick instead of jilat. macam geli. haha. okbye.



selesai truth or dare game! yayy!

then, photoshoot session by Fs Photography :)




dan ini bila orang kata ambil gambar secara formal. inilah formal Pama! -.-

more photos : picnic reunion with Pama Crews photo album

then, Tutti Frutti yaww. dan masa tu, baru aku tau ada satu couple ni tak declare lagi.
bajet carik tarikh cantik. haha. semoga berbahagia ye wahai ezatul yulisma a.k.a Lily.
next station semua masing-masing tengah blur. taktau nak kemana. lebih-lebih lagi tengah hujan.


eh, kau nampak ada pria sebelah jia yang tengah senyum lebar tu?
say hai to syed Nizam. dia new 'ehem ehem' jia. lambai tangan!
nak sangat kenal pama kan? now, dah kenal kan :)



perh, line line Maybank sekarang. haha.
ok lah. kuning. harimau malaya sangat :)


wayang, NO. so, aktiviti wajib, Karaoke @ Diva, Taman Suria.
dan ini baru first time aku pergi Diva. so what?!
dan aku baru tau ada bilik karaoke khas yang direka macam bilik pengantin.
bak kata Syelly "peh, lepas karaoke, terus main".
main apa? kau tanya Syelly. aku pun tak faham main apa. okbye.



dan masa tu semua dah lemau. sangat lemau.
dan masa tu jugak kami sedar, pama dah tua rupanya.
bukan lagi macam pelajar tingkatan 5 yang balik sekolah pun punya tenaga nak clubbing kat city square.
dah berumur 22 tahun menginjak 23 tahun dah -.-
atau sebab cuaca yang buat kita penat? hujan kot. apa kau buat kalau hujan? sedap tidur kan.
atau aku pun tak tau.


natrah paling lemau. see. mula-mula dia macam hebat nak menari.
tapi atlast, terkulai jua :)


aku rasa dah cukup untuk aku imbau kejadian 11.11.11.
so, aku punya memori pada tarikh yang cantik.
tahun lepas, 10.10.10, tahun ini 11.11.11.
aku harap tahun depan 12.12.12 masih punya lakaran cantik untuk jadi memori aku :)

btw, ini first time adik aku, Mardhiah turut serta join hang out bersama Pama.
dan yang bestnya, dia rasa sangat seronok and she said, we were crazy & drive her crazy too! haha
aku rasa anyone yang hang out dengan pama even sehari pun boleh mati sebab gelak.

ok pama. i love you all. those yang takde, lu chillex lah.
banyak masa lagi kita boleh kongsi. even kau dah kahwin nanti pun boleh hang out lagi :)
see you when i see you :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

Monday, August 15, 2011

Iftar & CBS with Pama Crews :)

pagi tu gigih bangun pagi. sebabnya nak layan mama melawat tapak kawasan baru.
almaklumlah. Mydin buka cawangan baru di Nusajaya, Bandar Iskandar.
kononya besar. memang dah biasa bila ada je mall baru sekitar JB, mama mesti nak melawat.
melawat sekali je. lepas tu, mmg taklah. cuma nak buat comparison. comel mak aku ni. hehehehe.

balik lepas zohor. hujan lebat di bumi skudai.
gadis-gadis setaman dah agak risau. macam mana lah carboot tu nanti.
kesian baju-baju mereka. basah. eh, risau baju. tak risau orang yang jual ;p
tapi khabar dari taman lain, katanya tempat mereka bebas dari hujan.

"kau nak gerak pukul brapa pdy?"
"before 4.45 aku amek kau. mungkin 4.44"
"damn u!!!"

sharmaine orang pertama yang aku jumpa. sejak balik dari Pakistan, makin rugged dia sekarang.
rumah dia selang beberapa rumah je. lek lah.
tapi walaupun dekat, dia ada kat rumah pun aku tak tau. haha
ok. move to hang kasturi. ambil minah ni. dia dah bising. "cuba kau call pdy. entah2 dia tidur"
zaza, aku bukan kuat sangat tidur weyh. haha


sharmaine, rugged kan ;)

"kitorang baru keluar. dah ada kat pasar peladang ni"
ohh. pasar peladang tu 5 minit dari rumah aku.
"siapa tu?"
"faiq"
"janganlah jujur sangat!. cakap je kejap lagi kita sampai!"

ohh. tu memang habit. jangan risau. Pama Crews memang terlibat secara langsung dengan janji melayu yang sangat kuat. sebab kami melayu.kbye.


suasana CBS :)



dah nampak kelibat Syelly, Faiq, Lily. dan beberapa peniaga CBS.
kami lari ke arah dyorang macam rindu sangat sangat. macam nak peluk tak bagi lepas.
tapi sebenarnya lari sebab dyorang tengah ambil gambar. nak interframe. hahaha

Dan kami tunggu ketibaan artis baru. Artis baru. Bold lagi, artis baru.
Mungkin orang luar tak kenal lagi. Sebab dia, ulang lagi ni, artis baru.
Jadi cuma certain je rasa kebaruan dia.
Macam orang yang duduk Pakistan kan, tak kenal artis baru ni :)
Preseting uollss, Aqilah Razali. Tak kenal kan? Ok. Nak kenal kan lah ni.
Nanti download lagu dia. Tajuk Harimau Malaya. Best weyh. Sumpah best.



first gerai yang kitorang kunjung gerai ex-schoolmates. konon bagi support lah kan.
dan Carboot Sale (CBS) ni walaupun tak semeriah mana, tapi barangnya meriah dengan harga yang meriah.
nampak tak kemeriahan yang aku cuba gambarkan yang CBS ni meriah sangat sangat tu macam kalau korang tak pergi, korang menyesal. Dan yang meriahnya lagi, kami ada. Okbye.


jumpa Dewi (tudung hitam) dia satu bas dengan aku masa sekolah dulu :)


Chaerm (baju putih) pun berniaga jugak :)

Setiap kedai mesti berhenti. Dan setiap perhentian tu mesti ambil gambar.
Tak pakai lah camera gegel zaza lagi weyh. Camera dia canggih kot sekarang. Sharp plak tu.
Kau lompat lah laju2 pun, gambar kau mesti sharp punya.
Dan setiap perhentian tu, mesti Lily macam teruja lambai-lambai sambil cakap “eh, hai. Ni bla.. bla.. blaa… blaa.. kan.”
Sebab semua pekedai kat situ kawan dia. Memang dia sorang je ada kawan.
Aku rasa carboot tempat reunion kawan Lily kot.


yang lelaki tu salah seorang kawan Lily. kan dah cakap Lily je banyak kawan kat sini :)

Dari hujung ke hujung, dah sampai hujung, patah balik hujung.
Itu memang Pama. Suka jalan-jalan buat bising. Aku rasa suara kitorang paling kuat.
kalu tak kuat, bukan Pama, tu fake punya. jangan percaya dyorang.
lagi-lagi suara yang paling nyaring lah antara paling yang banyak cakap.
so, bayangkan key yang dia pakai untuk gelak. hahaha.
kan Zaza. ecech. tau lah kena ngorat. dapat beli cincin murah.
approve je lah abang tu. "nanti kalau ada barang update, saya bagitau awak"
bang, kitorang lulusan universiti. ada ayat canggih lagi nak bagi tak utk mengorat -.-



kitorang je antara group yang teramai sangat ahlinya
. Yang lain jalan dua orang, macam hambar.
pastu senyum gelak-gelak tutup mulut. Almaklumlah wanita sopan.
Kitorang sopan juga lah weyh. Cuma kalau kitorang gelak, mulut kalau tak buka luas, itu bukan gelak.
Tu cuma senyum.
So, kalau Nampak kitorang buka mulut depan korang, tu maknanya kitorang senyum :)


eh, aku tak bagitau lagi siapa artis baru tu kan. hah yang hujung ala-ala Najwa Latif ni. Aqilah Razali namanya :)



Tapi sebabkan CBS ni, aku nak kurangkan sikit diskriminasi.
Tak semua
orang pakai kereta biasa tu takde duit.
Dan orang yang pakai kereta Swift tu tak boleh mintak 50sen dari kawan-kawan sebab tak cukup duit.
Eh, kan Lily? hahaha ;)

Waktu berbuka dah dekat, dan cadangnya terus menghala ke
Otai Steamboat dan Grill.
Sekitar Bandar Larkin. Aku dengar baru je buka.
Review pengunjung lain pun macam nampak bernas kalau makan kat sini.
RM13 satu kepala.
Masa tu mungkin ada yang faham kenapa Lily kumpul duit 50sen utk cukupkan RM3 :p





Kelihatan ahli baru,memang baru. Baru sampai, Najjia.
Yang paling gemok gedempol tu. Ok. Dia skinny. Dia cuma bajet je dia gemuk.



Makanan sibuk digrill. Daging, ayam, udang, sotong. Steamboat tak payah cerita. Penuh.
dan kadang-kadang sebab banyak sangat, kita dah takboleh beza antara cheese dengan taucu.
kalau cheese masuk dalam sup steamboat, rasa apa ek syelly? kbye.

Tapi kitorang datang awal memang untuk sediakan makanan buat liyana ahmad. haha
Sebab lepas azan baru sampai. Timing tepat bila makanan semua dah di grill. Haha.
Aeyan datang dengan artis lagi. Zero namanya. Tengok! Ada nama artis tau.
Full name Farah Nabilah. Artis ni baru lagi.
Sebab tu dia agak senyap bila jumpa artis lama macam kitorang ni ;)


Zero & Aeyan.



Agak meriah sekitar makan. Pama kan banyak golongan artis. Kalau Fasha Sandha pun ada, lu nak cakap apa lagi?
suara dia paling kuat lah seyh makcik ni. tolonglah jangan terpedaya dia macam terlalu ayu.
sebab high key dia tinggi weyh. betul2 tinggi. tu lah Zaza.
Sebab tu, pak cik tu asyik ambil gambar kitorang je. kitorang kan bising. Eh, bukan sekali, dua. 3,4 kali gak kot.
nanti tengok dalam facebook Otai
Korang dah boleh check lah. Kalau pakcik tu tak bagi harapan palsu.



Yang paling best bila ada asap kepul-kepul sebelah meja korang. Best kan.
Bukan sebab steamboat punya asap tapi kebakaran sebab api grill.
Biasalah. Manusia selalu buat silap. So, mungkin si pemeja lupa nak kecilkan api.
Janganlah salahkan dia. Tapi nasib baik lah tak terbakar kedai. Hahaha. Sorry. Tergelak.

Dah nak balik, Tetty sampai. Cuma menjenguk kami yang agak lama tak jumpa.
Kurus cantik dia sekarang. Lagi-lagi lepas bukak braces.
Ah. Tak sabar tunggu Lily plak bukak braces dia. Mungkin dia kurus jugak lepas ni. hahaha


Tetty (baju putih)

lepas ni nak g mana? Bazaar karat ke bazaar kilat
Jadi, patah balik ke CBS, berdekatan bazaar Karat.
Jammed nya memang tak payah cerita. Traffic lambat gila.
Sekitar tu pun dah penuh dengan orang.
Air dah diteguk ulang-ulang kali. Panas punya pasal.


jumpa Qeera dan kakaknya, Taqwa. tapi kenapa Taqwa xde dalam gambar?
sebab dia yang ambil gambar XD

jaln terus ke kedai scandalist. hampir dengan restoran Roost atau RUSHBAA.
ok. Rushbaa nama lain yang Zaza bagi. tapi Rushbaa tak wujud. jangan tanya kat mana.
Scandalist kedai preloved vintage yang super duper best. for those yang suka vintage, come come :)





Sempat survey harga maxi dress. Mahal. Baik kat CBS tadi.
Tapi ragu-ragu. Tapi duit tak luak lagi. Dan tapi tapi lagi.
Akhirnya tewas. Beli juga :)

Dan bila kita jumpa orang yang kita tak terfikir untuk jumpa, rasa tu tak dapat nak gambar.
Mungkin teruja mungkin terkejut.
Ohh, dunia ni kecil je. Ok tak. JB ni kecil je weyh.
dan untuk pertama kali aku jumpa gadis yang aku kenali beberapa tahun lalu di alam siber Myspace.
dan sekarang baru jumpa. MNA, munirah najihah amoi. Amoi tu takde dalam ic. tu cuma panggilan.


amoi (tengah) dia sangat peramah even 1st time jumpa dia :)

Cukup cerita ini. Kisah ini. Saat ini.
Kalau aku tulis berjela, aku pun pening nak re-read balik.
Cuma mungkin sukar nak gabungkan semua ahli Pama.
Tapi mana yang ada pun, ada seronok di situ.



Harap jumpa lagi di konvoi raya Pama :)
Ohh. Harini jumpa lagi. Nak buat rambut raya plak.

Bye :)



Saturday, July 2, 2011

Pama Closet in GEGO 2011



for this year, again, JOHO created GEGO 2011. What is GEGO yaww?
its GEGAR. but, slang JB more OOO at the end of the word like, surat kabo, muor, and so on. then, Gegar become GEGO :)
GEGO 2011: The Next Wave is in conjunction with the 8th JB Art Festival. GEGO 2011 will take place on the 8th of July 2011.
there's alot of activities there. gallery,exhibition, accoustic performance, concert, skateboarding, fixie biked, and garage/car boot sale.

and for the first time, my crews which
PAMA crews, love to take part in car boot sales.
and i think this is our step before we open our officially blogshop soon :)
pama closet



so, what are you waiting for, get ready for pick & grab much preloved items :)

any inquiries and info
or you just want to take part , just log on to www.johobaru.blogspot.com.

Friday, December 17, 2010

bergelak bergerak bergelek bersama PAMA :)

ok. sebelum apa-apa, aku nak post benda ni jap.
bukan untuk aku sorang. semua rakan Pama yang terlibat :)



haaa. mati kau!
maaf Aeyan. cuma dasar suka-suka. seronok :)
lain kali keluar dengan kami. alert dengan tarikh Pama okay ;)

okay. start.
16hb Disember 2010.
janji melayu. eh tak. janji PAMA. pukul 11pagi. danga city mall. ok fine.
jam 12 ada yang masih dalam perjalanan. termasuk aku :)
dah pusing-pusing. jumpa di Bowling atas sekali. hambar siott tempat tu. panas.
patutlah murah. rm2 satu game.
ok. bincang nak buat status apa.
"kenapa liyana ahmad keluar semalam. kenapa dia tak keluar hari ini"
ramai-ramai tag dia balik nanti.
oh, sekarang pun boleh sebab ada dua orang berbb sekarang :))



ok. tu bukan ceritanya. ceritanya, kenapa main bowling kalau semua tak reti main bowling.
ok. tak semua. faiq je pandai. haha.
masing-masing malas buka kasut. ceh.
lawyer pun sanggup main tau. yang lain mengada. bergambar je.
dan pemenangnya Faiq dgn mata 113. dia main sorang. mmg lah dia menang.

city square.



wayang. ada yang nak Mak Limah. "aku dah tengok"
ada yang nak Aku Masih Dara. "cerita tu macam rempit. aku tak suka"
ada yang ajak Tron Legacy. "best ke weyh? aku nak tengok Mak Limah je. kalau tak, aku tak nak tengok wayang".
"dah. lapar ni. makan dulu. kita dah block jalan ni"
makan. food court. masing-masing saving.
maaf tak dapat ke Mcdonald :( fast food not allowed for me.
mak datin datang. Lily :)
ajak ke The Zon, Stulang. karaoke. murah katanya.
dan masa tu, nanna bersuara "kita datang cs ni semata-mata utk makan je lah"


The Zon.stulang. Music Box a.k.a library. jangan bising. letak jari di bibir.
abang poyo tu. muka dah lah tak hensem. nak sound orang plak. kau siapa?
tp murah weyh. bukan abang tu. tapi tempat karaoke ni.
promote ni. rm5++ for student untuk 3 jam berserta air dan kacang untuk dibaling-baling.
angin kuat tentukan hujan akan tiba.
dan kami tambah dengan suara kami. aku rasa makin lebat. tapi ada kami kisah?
aku tak rasa tempat ni privasi kalau natrah tengah strippers, ada muka tercongok lihat dari muka pintu. apakah?
bukan sekali. banyak kali. naik geram aku.



mic ada 3. orang ada 13. teka lagi 11 nak nyanyi macam mana?
suara masing-masing tak pakai mic pun macam pakai mic. sama dengan je kuat.
aku pun tak sure berapa lagu nyanyi. tapi aku rasa berpuluh juga lagu yang dipilih.
main tekan je. seronok kan touch skrin tu.
ada satu saat, aku rasa ada hujan. hujan kacang. siapa start, aku tak tau.
tapi kesian. aku rasa syelly yang jadi "pembersih" tapi nanna yang bertungkus lumus.

tapi kalau ada yang nak balik awal, terpaksa next je lagu yang berunsur tak bessst.
button next tu, fath yang tekan. aku tak de kena mengena walau aku duduk sebelah dia. haha.
oh sebelum tu, sempat juga gadis starbuck datang :) jia :)
lama tak jumpa walau rumah kita dekat kan.
bila kau nak kurus? kau gemukkkkk sggggggttt lah!!
ok. sekejap je dia datang. aku xtau kenapa sebentar saja.
tp atleast dia datang, kan aeyan :))


jia yang kiri sekali berbaju hitam :)

aku cuma tunggu video Hai Hai Bye Bye versi pama diupload.
gila ah. bikin suara hilang weyh.
suara aku hilang satu malam. sampai si gila tu tak kenal suara aku.

dan kali ni, tak nak cakap reunion.
macam harrram reunion setiap kali cuti sem.
ok. gathering. pengumpulan atau meeting Pama :)
untuk bercerita-cerita secara berdepan apa yang distalk di fb dan di blog.
bf baru, ex baru, gosip baru. semua lah.
tapi apa yang penting, bukan kerjasama. tapi seronok :)

ok bye :)